MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!

Khamis, 20 Ogos 2009






19 OGOS 2009: Konvoi Jalur Gemilang. Hari yang menyeronokkan bukan sahaja buat YB Anita kerana dapat berkonvoi ke kampung-kampung dan perjalanan akhir, melalui laut. Lebih 50 buah kereta berdaftar untuk konvoi berkereta, manakala bot yang digunakan adalah sebanyak 50 buah. Satu pengalaman yang cukup menarik. Pelajar-pelajar sekolah terutamanya begitu seronok melambaikan bendera Jalur Gemilang walau terpaksa berdiri dibawah panas terik matahari. Laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka! tetap bersemangat. Mungkin mereka tidak faham apa maksud perkataan itu namun jika didedahkan sepanjang masa pada perkataan ini, suatu hari nanti mereka pasti akan menjadi warga Malaysia yang setia. Untuk warga kampung sepanjang perjalanan konvoi Jalur Gemilang, terimakasih kerana anda turut melambai lambaian Merdeka. Pada petangnya, YB Anita merasmikan Pertandingan Bintang Peladang sempena Hari Peladang Kota Marudu 2009. Dairi YB untuk 19.08.2009 tamat sekitar jam 12.00 tengah malam. Gambar???? Banyak sebenarnya. Tapi kamera itu belum sempat berlabuh di pejabat kerana YB Anita ada dua mesyuarat yang perlu dihadiri hari ini(20.08.2009).



0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP