YB.Pn Anita memberikan kata-kata perangsang kepada peserta kursus dan ucapan terima kasih kepada MIMOS di hujung acara kursus.
Antara peserta yang menyertai kursus.
YB.Pn Anita menyampaikan JEN-ii kepada para peserta kursus.
Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Bahagian Pembangunan En.Hj Ajak mewakili Pejabat Daerah hadir Kursus Pengendalian JEN-ii
Hari ini juga YB.Pn Anita Baranting telah mengikuti Kursus Pengendalian JEN-ii di Pusat INFOSTI @ MOSTI Kota Marudu anjuran MIMOS dengan kerjasama RedTone.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan JEN-ii atau nama penuhnya Jendela Informasi Internet yang buat pertama kalinya diperkenalkan di Kota Marudu bertujuan untuk memudahkan kita melayari sumber maklumat dan berita terkini melalui internet.
Turut hadir dalam kursus itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Bahagian Pembangunan En.Hj Ajak bagi mewakili Pegawai Daerah. Sebahagian lagi peserta adalah wakil dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, NGO, Persatuan Ibu Tunggal, UPKR, UPKO,Pejabat ADUN dan Pejabat Parlimen.
YB.Pn Anita berterima kasih kepada MIMOS atas peluang dan ruang yang diberikan untuk menjalani kursus dan memiliki JEN-ii ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan