Karnival Sukan antara Gereja -gereja SDA Zon 18 kali kedua yang diadakan pada 15 Mac 2010 dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek di Dewan Utama Kg. Tingkalanon. Karnival Sukan ini melibatkan sebanyak 7 buah kampung dan mempertandingkan beberapa jenis sukan serta aktiviti sesuai dengan semua golongan. Pertama dalam ucapan YB, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Perasmian yang diadakan ini. Selain itu, YB menerangkan setiap satu antara kebaikan-kebaikan menyertai sukan dan paling kurang pun beriadah. Terang beliau, sukan dilihat sebagai sebahagian daripada aktiviti harian dunia dalam menjadikan badan sihat sepanjang masa. Dengan bersukan, kesihatan pasti terpelihara di mana kesihatan fizikal begitu mempengaruhi kesihatan mental dan rohani seseorang individu. Tambahan lagi, melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, disiplin dapat dipupuk dan seterusnya diterapkan pada diri individu demi mencapai kejayaan dan meletakkan martabat diri pada tahap yang lebih tinggi. Paling kurang, aktiviti sukan seumpama ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi tali silaturahim antara anggota gereja SDA di sini. Ini boleh dibuktikan apabila aktiviti yang diadakan ini dijadikan oleh anggota gereja sebagai platform untuk berinteraksi dan bersosial antara satu sama lain. Paling utama, ia mampu membentuk persefahaman yang baik demi mengelakkan segala fitnah yang tidak baik di samping boleh mengenali hati budi anggota lain. Di akhir ucapan YB, beliau mengalu-alukan mereka menulis surat permohonan berbentuk sumbangan ke pejabat ADUN sebagai jawapan beliau atas permintaan kenangan oleh Pengerusi Pelaksana. Oleh itu, diharapkan karnival sukan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan Zon 18 dapat menghantar wakil ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Daerah Kota Marudu ini nanti.
YB, PKR dan rombongannya disambut dengan meriah oleh pihak Pelaksana Dewan dipenuhi dengan kehadiran yang memuaskan Pengerusi Pelaksana menyampaikan cenderamata kepada YB Karnival Sukan dirasmikan dengan upacara Perbarisan Lintas Hormat dari 7 buah kampung yang mengambil bahagian YB menyalakan obor kejohanan
Kemesraan yang ditunjukkan YB dengan saudara seiman
0 comments:
Catat Ulasan