HARI JADI RASMI KE-38 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

Selasa, 11 Oktober 2011

Majlis Jamuan Negeri sempena dengan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-58 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah, diadakan pada 01 Oktober 2011 di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri, Kota Kinabalu. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Sabah dan isteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan isteri, Menteri-Menteri Kabinet dan suami/isteri masing-masing, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan suami/isteri masing-masing serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Majlis ini bermula kira-kira 07.00 malam dan selesai pada 10.30 malam. Majlis Jamuan Negeri dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti Lagu Sabah Tanah Airku. Sebelum ucapan disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, diadakan upacara Sambut Tamu dan Minum Hormat. Justeru selesai ucapan oleh Ketua Menteri Sabah, Jamuan Negeri pun dimulakan dan para tetamu dipersembahan dengan beberapa hiburan daripada beberapa artis tempatan. Majlis ini juga ditutup dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Upacara Memotong Kek

Nyanyian lagu Negaraku diiringi lagu Sabah Tanah Airku

Upacara Minum Hormat

YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek bersama pengiring

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP