MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2010

Ahad, 27 Disember 2009

Orang ramai adalah dijemput menghadiri Majlis Kesyukuran dan Sambutan Tahun Baru 2010 
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan YB Puan Anita Baranting 
pada 31hb Disember 2009 dari jam 1:00 - 5:00 petang.
Di kediaman YB Puan Anita Baranting, Kg. Mangkupa, Jln Popok, Kota Marudu.

Read more...

MAJLIS MAKAN AMAL KARNIVAL SUKAN ADVENTIST SABAH

Khamis, 10 Disember 2009


YB Pn. Anita memberikan ucapan Perasmian Majlis Makan Amal Anjuran Karnival Sukan SDA
YB Pn. Anita Baranting bersama-sama AJK Makan Amal mengucapkan selamat datang kepada para tetamu yang baru tiba




Read more...

KURSUS PENGGUNAAN JEN-ii

Selasa, 8 Disember 2009

YB.Pn Anita memberikan kata-kata perangsang kepada peserta kursus dan ucapan terima kasih kepada MIMOS di hujung acara kursus.


Antara peserta yang menyertai kursus.


YB.Pn Anita menyampaikan JEN-ii kepada para peserta kursus.


Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Bahagian Pembangunan En.Hj Ajak mewakili Pejabat Daerah hadir Kursus Pengendalian JEN-ii


Hari ini juga YB.Pn Anita Baranting telah mengikuti Kursus Pengendalian JEN-ii di Pusat INFOSTI @ MOSTI Kota Marudu anjuran MIMOS dengan kerjasama RedTone.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan JEN-ii atau nama penuhnya Jendela Informasi Internet yang buat pertama kalinya diperkenalkan di Kota Marudu bertujuan untuk memudahkan kita melayari sumber maklumat dan berita terkini melalui internet.

Turut hadir dalam kursus itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Bahagian Pembangunan En.Hj Ajak bagi mewakili Pegawai Daerah. Sebahagian lagi peserta adalah wakil dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, NGO, Persatuan Ibu Tunggal, UPKR, UPKO,Pejabat ADUN dan Pejabat Parlimen.

YB.Pn Anita berterima kasih kepada MIMOS atas peluang dan ruang yang diberikan untuk menjalani kursus dan memiliki JEN-ii ini.

Read more...

MESYUARAT KELAB SUKAN KOMUNITI N.5 TANDEK

Dalam Gambar : YB.Pn Anita, CDO dan Chip.Inspektor Tuan Musraimi


Barisan AJK Pelaksana & Pengurus2 Pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan komuniti.


Gelagat sebahagian AJK Pelaksana
Dari Kiri : En.Junid Gunsalam, En.Mojutan Jaga, Pn.Halina, En.Marcellus, Cik Letty dan Cik Siti Norashikin.

Hari ini - (Selasa) 8 DISEMBER 2009 : Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu, Kelab Sukan Komuniti N.5 Tandek telah mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan pengurus-pengurus pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan komuniti tahun ini bagi membincangkan perjalanan sukan.

Empat acara sukan akan dijalankan iaitu Bola Sepak Lelaki, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Bola Jaring. Acara perasmian akan dijalankan pada 23hb Disember 2009 bertempat di Astaka Padang Pekan Kota Marudu.

Read more...

MESYUARAT SUKAN KOMUNITI BERSAMA PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

YB.Puan Anita bersama Pegawai Kemajuan Rakyat En.Sukimi Soyoh dan Chip.Inspektor Tuan Musraimi (Pengerusi Kejohanan Bola Tampar)


Bersama AJK dan Pengurus-pengurus Pasukan.




YB.Puan Anita Baranting bersama AJK Kelab Sukan Komuniti N.5 Tandek mengadakan mesyuarat penetapan tarikh perasmian penutupan sukan komuniti bersama dengan pengurus-pengurus pasukan setiap jenis sukan. Mesyuarat tersebut diadakan di Bikil Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu.

Read more...

MENGHADIRI NATAL DAN SETERUSNYA MERASMIKAN GEREJA DI KG.PISO

Isnin, 7 Disember 2009

Merakam gambar kenangan bersama YB.Puan Anita


YB.Pn Anita menerima cenderahati perasmi daripada Pastor Kawasan


Paluan gong sebanyak 3 kali tanda rasminya acara natal dan gereja Kg.Piso


YB.Puan Anita dalam ucapan perasmian

Persembahan daripada remaja gereja Kg.piso


Turut sama menyanyikan lagu-lagu rohani



Ketibaan YB.Pn Anita dan rombongan disambut mesra dan riang oleh penduduk dan remaja Kg.Piso



YB.Puan Anita Baranting telah menghadiri natal dan seterusnya merasmikan gereja SDA Kg.Piso. Turut hadir dalam program itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat En.Hendrus Anding, Pemaju Mukim En.Jaiwan Saimal serta beberapa orang staff Pejabat ADUN dan UPKR.

Read more...

MERASMIKAN MAJLIS MAKAN AMAL DAN PELANCARAN PERAYAAN NATAL SIB KAWASAN KOTA MARUDU 2009


Ucapan Perasmian Oleh YB


Menerima cenderahati dari Pengerusi Penganjur


Kalangan orang ramai yang hadir.


Ketibaan YB.Pn Anita disambut mesra


Ahad - 6 DISEMBER 2009 : Pada jam 7.00 malam, YB.Pn Anita telah Merasmikan Majlis Makan Amal dan Pelancaran Natal SIB bagi Kawasan Kota Marudu bagi tahun 2009 bertempat di Dewan St.Theresa.

Majlis Makan Amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan pejabat SIB Kawasan Kota Marudu.


Read more...

MENGHADIRI MAJLIS HARI KELUARGA 1 TANDEK

Ahad, 6 Disember 2009

Ketibaan YB.Pn Anita disambut mesra oleh Pengerusi (En.Hasnal) & Tim.Pengerusi Penganjur (En.Androd) Hari Keluarga 1Tandek.


Dalam Gambar : YB.Pn Anita, En.Wetrom Bahanda, Ketua Daerah, Datuk Zulkiflie, Datuk Maijol Mahap, Datuk George Sangkin.


YB.Pn Anita Baranting & En.Wetrom Bahanda


Datuk Zulkiflie Tun Dato Mustapha, Datuk Maijol Mahap, Datuk Heorge Sangkin



Ahad - 6 DISEMBER 2009 : YB.Pn Anita telah menghadiri Majlis Hari Keluarga 1 Tandek (Panglima Aki Tumunda, Aki Sambion Dan Aki Pamansah) bertempat di Dewan SMK.Tandek.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Wetrom Bahanda, Senator Datuk Maijol Mahap, Datuk Georga Sangkin, Datuk Zulkifliw Tun Dato Mustapha, Dato Arshad, Dr.Jurin Gunsalam dan banyak lagi ahli keluarga dari ketiga-tida keluarga besar ini.

Read more...

HADIR GOTONG ROYONG MEMBAIKI JAMBATAN KG.LOTONG

Jumaat, 4 Disember 2009

YB sedang menukul paku.


Pengerusi JKK sedang menukul paku


YB sedang membuka kayu lama dengan menggunakan tuil.

,
Cik Letty, Pegawai Perhubungan di Pejabat ADUN sedang menuil kayu.


Keadaan jambatan yang perlu diganti.



Khamis 3 NOV 2009 - YB.Pn Anita Baranting telah menghadiri gotong royong membaiki jambatan mengelak binatang Kg.Lotong. Kerja-kerja menukar kayu-kayu yang sudah reput dan patah telah dijalankan malah YB sendiri telah menuil dan menukul paku pada kayu yang baru dipasang.

Read more...

PERASMIAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KAWAT, BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW & PENUTUPAN SUKAN RELA KOTA MARUDU 2009

YB menerima cenderahati daripada Pegawai RELA Kota Marudu.



YB menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukan.



Pemimpin Kemajuan Rakyat En.Hendrus Anding mneyampaikan hadiah kepada pemenang.


Ketua Polis Daerah DSP Mohd Isa Yusof


YB berucap untuk perasmian.


Ahli RELA yang hadir


Ketibaan YB disambut mesra.


YB bersalaman dengan Ahli RELA saat ketibaan.


Pada 3 DISEMBER 2009 (Khamis) - YB.Pn.Anita Baranting Merangkap Leftenan Kolonel Kehormat RELA Malaysia telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawat, Bola Sepak, Sepak Takraw dan Penutupan Sukan RELA Daerah Kota Marudu 2009 bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah RELA Negeri Sabah YBHG Brigader Jeneral Samasuddin B Lawe, Pegawai RELA Daerah Kota Marudu Kolonel Mairy Yubin, Ketua Polis Daerah Kota Marudu/Pitas DSP Mohd Isa Yusof, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.5 Tandek En.Hendrus Anding, Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Kota Marudu En.Jamadil Idaron dan En.Manjin Arak mewakili Jabatan Penerangan Kota Marudu.

Sukan RELA ini melibatkan semua platun RELA dari setiap kampung di kawasan Daerah Kota Marudu.


Read more...

MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU

Selasa, 1 Disember 2009

Memotong reben sebagai gimik pelancaran perasmian


Bersalaman dengan pasukan2 yang bertanding


Pasukan2 yang mengambil bahagian dalam kejohanan.


Bersama Ketua UMNO Bahagian En.Wetrom Bahanda, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan En.Ajak, Timbalan Ketua UMNO Bahagian En.Baintin Adun


Ketibaan YB.Pn Anita Baranting disambut oleh Setiausaha UMNO Bahagian serta AJK2 Biro Sukan

Pada 29 NOV 2009 (Ahad), YB.Pn Anita telah menghadiri Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu bertempat di Padang Pekan Kota Marudu.
YB.Pn Anita hadir sebagai tetamu VIP untuk sama-sama memotong reben pelancaran perasmian.Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Bahagian Pembangunan En.Ajak.
Semoga kejohanan sukan seperti ini akan memartabatkan sukan bola sepak daerah kita.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP