PROGRAM MASYARAKAT SIHAT TANPA ROKOK & ALKOHOL

Isnin, 28 Februari 2011

Program Masyarakat Sihat Tanpa Rokok dan Alkohol Peringkat Daerah Kota Marudu dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek pada 27 Februari 2011. Program anjuran bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Miskin Dan Kurang Upaya Sabah (PERKEMAS) dan KRT Gerakan Desa Tujuh tersebut dilangsungkan di Astaka SK Popok Kota Marudu. Program dimulakan dengan 2 buah ceramah, iaitu Pemakanan Sihat dan Seimbang yang disampaikan oleh Dr. Zayrod Vun Kit Kong serta Bahaya Penyalahgunaan Dadah yang disampaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.

Barisan tetamu kehormat yang menjayakan program ini

Pengerusi Penganjur, En. Karim Sambion menyampaikan ucapan alu-aluan


YB Anita menyampaikan ucapan perasmian

Sesi Pendaftaran dan pembahagian T-shirt kepada para peserta peserta

Hadiah-hadiah diberikan kepada para pemenang yang bertuah


Penyampaian cenderehati

Para tetamu kehormat dan peserta menarikan Tarian Poco-Poco & Manuk-Manuk Lambukun semasa acara Senamrobik/Senamesra

Read more...

PENYERAHAN BANTUAN ENJIN SANGKUT, TANGKI & ZINK

Rabu, 23 Februari 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut, Tangki dan Zink telah dijalankan pada 22 Februari 2011 (Selasa) yang lalu di Dewan Balai Raya Kg. Goshen Kota Marudu.

Kedatangan YB Pn. Anita Baranting dan En. Hendrus Anding disambut mesra


YB Anita menyampaikan ucapan alu-aluan beliau sebelum majlis penyerahan berlangsung

YB Anita menyerahkan enjin sangkut kepada penerima-penerima

Penyerahan tangki air oleh YB Anita kepada penerima

YB Anita menyerahkan bantuan zink kepada penerima

Kakitangan ADUN & UPKR yang turut hadir, seterusnya menjayakan majlis

Read more...

MAJLIS DIALOG YB DATUK SERI DR. MAXIMUS J. ONGKILI

Isnin, 21 Februari 2011

Majlis Dialog Bersama Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Marudu anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Marudu telah diadakan pada 17 Februari 2011 (Khamis) di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis Dialog dan Makan Malam ini dihoskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek, YB Tn. Sarapin Magana, ADUN N.4 Matunggong, Pn. Nurul Akmalina Bt. Shamsuddin, Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, dan DSP Mohd. Isa B. Yusof, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, yang turut menjadi panel untuk majlis dialog tersebut. Selain itu, beberapa lagi pemimpin yang hadir seperti Tn. Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR), En. Hendrus Anding dan Tn. Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), En. Sukimi Soyoh, Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga, Ahli Skim Rondaan Sukarela serta Agensi-Agensi Kerajaan Daerah Kota Marudu. Makan malam dimulakan seawal pukul 7 malam sebelum acara utama dilaksanakan. Selesai makan malam, Pengarah JPNIN, Pn. Nurul Akmalina menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Selepas itu, YB Datuk seri Dr. Maximus pula memberikan ucapan serta amanat beliau dan dialog pun dimulakan. Majlis tamat lebih kurang pukul 10 malam.

AJK Penganjur menyambut kedatangan YB Datuk Seri Dr. Maximus dan YB Anita

YB Datuk Seri serta tetamu kehormat yang lain bersalam-salaman dengan para hadirin





Semua Tetamu Kehormat bergambar bersama-sama

Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Pn. Nurul Akmalina menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk Seri Dr. Maximus

Pn. Nurul Akmalina menyampaikan cendera kenangan kepada YB Anita dan YB Sarapin

Pengerusi Penganjur pula menyampaikan cendera kenangan kepada Pn. Nurul Akmalina

Read more...

MAJLIS PENGHARGAAN WARGA EMAS & PESTA ANGPAU 2011

Rabu, 16 Februari 2011

Majlis Penghargaan Warga Emas & Pesta Angpau 2011 sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2011 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua telah berjaya diadakan pada 13 Februari 2011 di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis yang dipengerusikan oleh Datuk Goh Wak Kheng, Setiausaha Agung MCA Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian MCA Kota Marudu ini bermula pada pukul 6.00 petang dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Pn. Anita Baranting, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.5 Tandek, En. Hendrus Anding, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N.5 Tandek, AJK Dewan Peniagaan Tionghua Kota Marudu, serta warga emas yang diraikan.

Datuk Goh Wak Kheng menyambut couplet daripada penari singa Persatuan Tionghua Kota Marudu

YB Datuk Seri Dr. Maximus sedang menyampaikan ucapan perasmian

Ulang tahun kedua warga emas ini turut diraikan pada malam itu


YB Datuk Seri Dr. Maximus menyampaikan angpau kepada setiap warga emas yang hadir

YB Anita Baranting turut sama menyampaikan angpau kepada warga emas yang lain

Read more...

LAWATAN YB-YB KE PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Rabu, 2 Februari 2011

Bermula pertengahan Januari 2011, Bilik Gerakan Banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dibuka 24 jam bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di samping menyampaikan serta mengemaskini info mengenai banjir di kawasan daerah Kota Marudu ini. Pada 27/1/2011 Daerah Kota Marudu telah dilanda banjir. Justeru itu, Pusat Penempatan Banjir mula dibuka di beberapa tempat, antaranya Dewan SK Taritipan, Dewan SMK Tandek, Dewan Komuniti Tandek, Dewan Kg. Morion, Dewan Kg. Longob, Pusat Pemindahan Kg. Magkaratung, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan SK Bengkongan dan Dewan Kg. Rakit. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan adalah lebih 2000 orang di seluruh Kota Marudu dan telah menerima bantuan berupa makanan daripada YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Sementara itu, YB Pn. Anita Baranting, ADUN kawasan N.5 Tandek turut menyumbangkan 500 kampit beras kepada mangsa banjir. Pada 31/1/2011 yang lalu, atas dasar tanggungjawab dan rasa prihatin terhadap rakyatnya, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu), YB Sarapin Magana (ADUN N.4 Matunggong), YB Anita Baranting (ADUN N.5 Tandek), En. Hendrus Anding (Pemimpin Kemajuan Rakyat), Luvita Koisun (Pegawai Daerah Kota Marudu), DSP Mohd. Isa B. Yusof (Ketua Polis Daerah Kota Marudu) dan beberapa lagi Pegawai Kerajaan yang lain telah melawat ke pusat-pusat penempatan banjir tersebut. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi memindahkan dan membantu mangsa-mangsa banjir.








Read more...

KOTA MARUDU DILANDA BANJIR

Selasa, 1 Februari 2011

Ucapan PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kota Marudu.

Paras air yang semakin naik ke paras berjaga-jaga

Pasukan Bomba & Penyelamat


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Ahli Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kota Marudu

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP