PROGRAM LAWATAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI ICU

Selasa, 16 Mac 2010

YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek telah membuat Lawatan ke beberapa buah kampung sekitar Daerah Kota Marudu bersama pegawai-pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, bagi meninjau keperluan Projek Pembangunan N.5 Tandek, Kota Marudu pada 16 Mac 2010. Hanya 6 daripada 9 buah tempat yang terdapat dalam senarai Lawatan yang sempat dilawati seperti Gereja SDA Goshen, Gereja SIB Tangkol, Gereja SDA Mangkupa, Gereja SDA Kuranji, Tangki Paip Graviti Kg. Taritipan, dan juga Surau Kg. Korongkom. Dengan itu, lawatan kali kedua akan dijalankan pada penghujung bulan Mac ini bagi melengkapkan senarai lawatan.


YB bersama pegawai-pegawai ICU di Gereja SDA Goshen


Mengenal pasti keperluan pembangunan semasa berada di Gereja SIB Tangkol


Gereja SDA Mangkupa yang tidak mampu menempatkan anggota gereja yang ramai


Gereja SDA Kuranji yang seringkali ditenggelami air semasa banjir


Post-mortem bersama pegawai-pegawai ICU

Read more...

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN GEREJA SDA ZON 18

Isnin, 15 Mac 2010

Karnival Sukan antara Gereja -gereja SDA Zon 18 kali kedua yang diadakan pada 15 Mac 2010 dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek di Dewan Utama Kg. Tingkalanon. Karnival Sukan ini melibatkan sebanyak 7 buah kampung dan mempertandingkan beberapa jenis sukan serta aktiviti sesuai dengan semua golongan. Pertama dalam ucapan YB, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Perasmian yang diadakan ini. Selain itu, YB menerangkan setiap satu antara kebaikan-kebaikan menyertai sukan dan paling kurang pun beriadah. Terang beliau, sukan dilihat sebagai sebahagian daripada aktiviti harian dunia dalam menjadikan badan sihat sepanjang masa. Dengan bersukan, kesihatan pasti terpelihara di mana kesihatan fizikal begitu mempengaruhi kesihatan mental dan rohani seseorang individu. Tambahan lagi, melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, disiplin dapat dipupuk dan seterusnya diterapkan pada diri individu demi mencapai kejayaan dan meletakkan martabat diri pada tahap yang lebih tinggi. Paling kurang, aktiviti sukan seumpama ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi tali silaturahim antara anggota gereja SDA di sini. Ini boleh dibuktikan apabila aktiviti yang diadakan ini dijadikan oleh anggota gereja sebagai platform untuk berinteraksi dan bersosial antara satu sama lain. Paling utama, ia mampu membentuk persefahaman yang baik demi mengelakkan segala fitnah yang tidak baik di samping boleh mengenali hati budi anggota lain. Di akhir ucapan YB, beliau mengalu-alukan mereka menulis surat permohonan berbentuk sumbangan ke pejabat ADUN sebagai jawapan beliau atas permintaan kenangan oleh Pengerusi Pelaksana. Oleh itu, diharapkan karnival sukan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan Zon 18 dapat menghantar wakil ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Daerah Kota Marudu ini nanti.


YB, PKR dan rombongannya disambut dengan meriah oleh pihak Pelaksana


Dewan dipenuhi dengan kehadiran yang memuaskan





Pengerusi Pelaksana menyampaikan cenderamata kepada YB


Karnival Sukan dirasmikan dengan upacara Perbarisan Lintas Hormat dari 7 buah kampung yang mengambil bahagian


YB menyalakan obor kejohanan


Kemesraan yang ditunjukkan YB dengan saudara seiman

Read more...

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PENTARAMA KOMUNITI BESTARI

Ahad, 14 Mac 2010

Majlis Perasmian bagi Penutupan Persembahan Pentarama Komuniti Bestari yang diadakan pada 14 Mac 2010 dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek. Majlis yang bermula lebih kurang 8 malam ini diadakan di Perkarangan Dewan Komuniti Pekan Kota Marudu yang mampu memuatkan sejumlah 100 lebih penonton yang hadir. Dalam ucapannya, YB begitu menekankan perpaduan kaum antara rakyat terutamanya di Daerah Kota Marudu ini. Justeru itu, berbilang kaum boleh sama-sama meraikan apa-apa majlis atau perayaan tanpa ada syak wasangka atau buruk sangka antara satu sama lain. Ini kerana, majlis seumpama ini mampu menjadi penghubung keakraban antara kaum. Selain itu, YB turut menegaskan bahawa janji kerajaan yang berkonsepkan 1 Malaysia bukan hanya 1 matlamat malah ia akan dapat dicapai selaras dengan usaha kerajaan dalam merealisasikannya. Tambahan pula, kerajaan telah memperkenalkan 6 lagi bidang kebertanggungjawaban yang memberi kerjasama kepada kerajaan sendiri agar rakyat dan pemimpin dapat bergerak seirama menuju matlamat yang ingin dicapai. Di akhir ucapannya, YB mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana tetap setia kepada kerajaan serta syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan majlis ini.


Tuan DO menyerahkan cenderamata kepada YB


YB turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Lagu P. Ramlee dan Saloma


Antara persembahan yang menarik hati penonton





Read more...

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN EN. MIJIA JAGA

Pada 14 Mac 2010, YB Pn. Anita Baranting telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan Pemaju Mukim di Pejabat UPKR, En. Mijia Jaga dan isteri, Pn. Solinang Janilu. Majlis perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kg. Nolotan, Tandek itu dihadiri ramai tetamu dari kedua-dua buah keluarga pengantin. Semoga ikatan yang terjalin kekal sepanjang hayat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.


YB bergambar bersama pasangan En. Mijia dan pengantin


YB menyanyikan sebuah lagu menambahkan lagi kemeriahan majlis


Pengantin, Juwis Ladiu dan Salziahty Mijia

Read more...

MAJLIS ULANG TAHUN KE 25 PBS

Jumaat, 12 Mac 2010

Majlis Jubli Perak Parti Bersatu Sabah (PBS) diadakan pada 5 Mac 2010 bertempat di Restoran Atlantis, Bundusan, Penampang.





Read more...

MAJLIS PENUBUHAN AJK PELAKSANA KARNIVAL SUKAN ADVENTIST

Khamis, 11 Mac 2010

YB Pn. Anita Baranting telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan AJK Pelaksana bagi Karnival Sukan Adventist Peringkat Negeri 2010. Mesyuarat yang diadakan pada 11 Mac 2010 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah ini dihadiri 10 orang yang mewakili zon masing-masing. Antara agenda di dalam Mesyuarat ini adalah seperti memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Pelaksana, aktiviti-aktiviti yang akan diadakan serta keperluan-keperluan yang dijangka akan disediakan.


Mesyuarat dipengerusikan oleh YB





Read more...

MESYUARAT BERKENAAN ISU TANAH DI 3 BUAH KAMPUNG

Selasa, 9 Mac 2010

Pada 9 Mac 2010, satu mesyuarat bersama penduduk kampung telah diadakan bagi berbincang dan menyelesaikan beberapa perkara. Mesyuarat ini dihadiri YB Puan Anita Baranting, Adun N5 Tandek, En. Hendrus Anding, En. Hilde P. Kayau wakil Pejabat Daerah, Tuan CDO En. Sukimi Soyoh, Noorhadzli Sabli sebagai wakil Pejabat Tanah, wakil dari PDRM, Pemaju-pemaju Mukim, wakil dari Syarikat Jaya Pertanian, PJKK, Ketua-ketua Kampung, serta penduduk dari 3 buah kampung yang terlibat. Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kg. Lingkabungan I, Kg. Bombong I dan juga Kg. Soniton Ulu. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kemasukan pihak pemaju, iaitu Syarikat Jaya Pertanian ke kawasan tanah penduduk kampung yang dahulunya adalah atas nama En. Asung Simbaku. Pemilik asal tidak tahu menahu dengan kemasukan dan projek yang dijalankan pihak pemaju ke kawasan yang telah diduduki penduduk kampung. Dan begitu juga pihak Jabatan Tanah dan Pejabat Daerah kerana pihak pemaju langsung tidak melalui mereka sebelum memasuki tanah yang berkenaan. Manakala penduduk-penduduk yang mewakili kampung masing-masing turut meluahkan pendapat serta aduan mengenai kawasan tanaman dan juga kuburan yang dirosakkan akibat projek yang dilaksanakan pihak syarikat. Disebabkan pihak pemaju tidak membawa dokumen yang lengkap, maka mesyuarat ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. YB juga turut melarang pihak pemaju daripada meneruskan segala aktiviti yang mereka jalankan sebelum penyelesaian dicapai.


YB dan pegawai lain bersalam mesra dengan hadirin


Antara yang hadir dalam mesyuarat ini





En. Hendrus sebagai Pengerusi Majlis


Mesyuarat sambil dijamu kuih muih


Perbincangan bersama Pegawai Tanah mengenai sempadan


Post-mortem bersama Pegawai-pegawai dan Pemaju Mukim

Read more...

SUMBANGAN ZINK KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Rabu, 3 Mac 2010

Sebanyak 30 keping zink disumbangkan kepada keluarga yang menjadi mangsa kebakaran beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang berlaku telah menjilat hangus rumah keluarga ini yang bertempat di Kg. Goshen. Sumbangan disampaikan oleh Cik Letty dan En. Joseph Kulai sebagai wakil YB Pn. Anita Baranting.


Zink disampaikan kepada salah seorang mangsa


Read more...

MENINJAU KEROSAKAN JALAN RAYA PULUTAN-BIRAHON DI SG. SIMPANGAN

Selasa, 2 Mac 2010

YB Puan Anita Baranting diiringi Tuan CDO, En. Sukimi Soyoh telah meninjau kerosakan jalan raya Pulutan-Birahon di Sg. Simpangan pada 2 Mac 2010. Jalan raya yang sepatutnya menjadi jalan perhubungan ke Kg. Pulutan ini rosak akibat bencana banjir yang melanda daerah Kota Marudu ini pada awal Januari yang lalu. Walaupun begitu, keadaan cuaca telah berubah dengan begitu mendadak sekali apabila kemarau pula yang singgah di bumi Kota Marudu ini hampir sebulan selepas sahaja banjir surut. Dalam keadaan panas terik akibat kemarau berpanjangan, YB yang prihatin ini masih juga gah menjalankan kewajipan beliau terhadap rakyatnya. Segala kerosakan dan keperluan yang dikenal pasti itu akan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan agar segera dapat membaik pulih jalan raya ini demi mengurangkan kesulitan pelbagai pihak yang amat bergantung pada jalan ini.


YB dan yang lain berbincang sebelum tinjauan


Bersama-sama meredah anak sungai


Inilah jalan yang rosak tu


Berehat sebentar dan mengambil gambar kenangan


Papan tanda jalan yang dilindungi semak hutan


Meredah sungai dan mencuci kaki dalam perjalanan balik


Jambatan gantung yang sudah retak sana sini

Read more...

DIALOG BERSAMA PENDUDUK KG. KOTUD DAN KG. PULUTAN MENGENAI MESEJ

Isnin, 1 Mac 2010

Awal bulan Mac ini, iaitu pada 1 Mac 2010, satu Dialog mengenai Projek MESEJ telah diadakan bersama penduduk Kg. Kotud dan Kg. Pulutan. Dialog bersama penduduk kampung ini disempurnakan oleh YB Pn. Anita Baranting bersama-sama Tuan DO, Pn. Lovita Koisun diiringi Tuan ADO Pembangunan, Tuan CDO, Pegawai Lembaga Industri Getah Sabah, Pegawai Tanah, serta bebarapa lagi pegawai yang terlibat. Dalam ucapan YB, Projek MESEJ merupakan suatu Program Kesedaran Kemiskinan oleh pihak Kerajaan tetapi masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini dikawasan mereka. Tambahan pula, ada di kalangan mereka ini yang mengatakan pihak kerajaan mewujudkan projek ini adalah demi kepentingan dan keuntungan mereka sendiri. Dengan penjelasan yang lebih terperinci dan jelas oleh YB dan Tuan DO kepada penduduk yang lain, keadaan jadi lebih terkawal. Walaupun begitu, hanya 35 buah keluarga yang betul-betul memerlukan akan dipilih sebagai peserta tanah. Di dalam Projek MESEJ ini, peserta boleh menanam apa-apa jenis tanaman dan bukan tertakluk kepada penanaman getah sahaja. Selain itu, kemudahan-kemudahan seperti sekolah, bekalan elektrik, tempat beriadah serta perkhidmatan membaiki kerosakan pun akan diberikan. Begitulah antara maklumat penting yang disampaikan kepada penduduk kampung bagi menyedarkan mereka mengenai kepentingan Projek MESEJ yang akan dilaksanakan di kawasan Kg. Kotud dan Kg. Pulutan.


Antara penduduk yang menanti dan menerima salam daripada YB Anita


Tuan CDO serta isteri turut disambut mesra oleh penduduk





Cik Letty dan Puan Maria tidak ketinggalan untuk beramah mesra dengan hadirin


Antara penduduk yang hadir


YB menyampaikan ucapan


Antara penduduk yang meluahkan pendapat


Tuan DO berusaha memberi penjelasan yang sewajarnya kepada penduduk


YB dan Tuan DO sempat mengambil gambar dengan kanak-kanak istimewa ini

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP