MAJLIS RUMAH TERBUKA NATAL & TAHUN BARU 2011 PERPADUAN

Rabu, 19 Januari 2011

Tarikh 10 Januari 2011 yang lalu, YB Pn. Anita Baranting telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Natal & Sambutan Tahun Baru 2011 Peringkat Daerah Kota Marudu, anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kota Marudu. Majlis perasmian ini berlangsung di dalam Dewan Komuniti Pekan Kota Marudu bermula 10.00 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang.
Turut hadir dalam majlis tersebut, YB Sarapin Magana ADUN N.4 Matunggong, Pn. Nurul Akmalina Hj. Shamsudin Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Pn. Luvita Koisun Pegawai Daerah Kota Marudu, Sharif Endra Sharif Abd Hamid Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas, Wakil Ketua Polis Daerah Kota Marudu dan juga Ketua-Ketua Jabatan. Selain itu, Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan kana-kanak Tabika Perpaduan seluruh daerah bersama-sama ibu bapa masing-masing turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Dalam ucapan perasmiannya, YB menekankan kepada semua pemimpin serta
ketua jabatan agar bijak dalam merancang seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang mampu menjamin perpaduan sejagat. Selain itu juga, YB sempat memuji sikap Pengarah JPNIN Negeri Sabah yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasnya, malah prihatin terhadap setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri. Justeru itu, YB Anita berharap agar tahun yang baru ini dapat memberikan inspirasi baru kepada setiap KRT khususnya di Daerah Kota Marudu ini untuk terus berkembang ke arah kemajuan. Sejurus memberikan ucapan, YB Pn. Anita Baranting pun merasmikan Majlis Rumah Terbuka Natal & Tahun Baru 2011 Peringkat Daerah Kota Marudu.

Kedatangan YB disambut dengan mesra oleh Jawatankuasa Pengelola

Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Pn. Nurul Akmalina Hj. Shamsudin bergambar bersama Santa Claus

YB Pn. Anita Baranting memberikan ucapan perasmian

Bergambar bersama dif-dif kehormat

YB Anita menyampaikan 'Special Gift' kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan dengan dibantu oleh Santa Claus


Setelah selesai Penyampaian Cendera Kenangan kepada dif-dif jemputan

Dari Kiri : Pn. Nurul Akmalina Hj. Shamsudin, YB Sarapin Magana, YB Anita Baranting, Pn. Luvita Koisun

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP