YB Puan Anita Baranting telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kota Marudu II . Mesyuarat Agung PIBG kali kelima 2010 yang dihadiri lebih kurang 300 orang jemputan ini diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Dewan Perdana SMK Kota Marudu II. Dalam ucapannya,beliau mengharapkan perjumpaan sebegini antara pihak guru dan ibu bapa dapat mencari kaedah dan penyelesaian peringkat awal bagi masalah yang dihadapi manusia sejagat terutama mereka yang masih setahun jagung mengenali dunia. YB juga ada menyebut tentang pendekatakan baru Kementerian Pelajaran iaiatu Transformasi Kokurikulum yang menekankan aspek menyeronokkan para pelajar semasa berada di sekolah. Selain itu, YB turut menggalakkan pihak ibubapa dan guru membuat kerjasama dua hala dengan pihak polis bagi menangani masalah disiplin pelajar yang serius. YB turut mengumumkan permohonan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah di Kg. Marak Parak sudah dalam perancangan dan hanya menunggu kata putus dari pihak kerajaan. Dengan tertubuhnya sebuah sekolah di kampung tersebut, ia akan menyenangkan para pelajar yang jauh dari pekan Kota Marudu ini untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Akhir kata, YB mengharapakan Gagasan 1 Malaysia mampu diterapkan dan direalisasikan pada peringkat sekolah lagi agar mampu melahirkan pelajar yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan