LAWATAN KE KAWASAN PROJEK PERATAAN SAWAH PADI BERSAMA DO

Khamis, 11 Februari 2010

Pada 11 Februari 2010, YB Puan Anita Baranting telah membuat satu lawatan ke Kg. Mangkalua dan Kg. Talantang. Bersama-sama dengan YB dalam lawatan ini adalah DO, pegawai-pegawai di UPKR, Pegawai Pertanian, Pegawai JPS dan juga kontraktor-kontraktor yang bertanggungjawab. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap Projek Perataan Kawasan Sawah Padi di kampung-kampung tersebut. Hasil daripada tinjauan tersebut, didapati sebahagian besar kawasan yang sepatutnya diratakan masih belum dilaksanakan. Pada masa yang sama juga, ada beberapa penduduk kampung yang membuat aduan tentang kelewatan pihak-pihak yang berkenaan melaksanakan tugas meraka sewajarnya. YB bersama-sama yang lain turut mengenalpasti segala masalah yang perlu diatasi dengan segera agar tidak menganggu kerja-kerja projek tersebut. Dengan itu, YB sangat berharap segala tanggungjawab yang diberikan kepada pihak-pihak berkenaan dapat dilaksanakan dengan amanah dan penuh dedikasi.


Kelihatan YB, DO dan Pegawai-pegawai lain melihat kawasan projek


Kawasan sawah padi di Kg. Mangkalua





Jentera sedang mengerjakan tanah dalam kawasan penanaman sawah padi

















YB, DO serta pegawai-pegawai yang lain sempat lagi mengambil gambar bersama-sama

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP