PERASMIAN PROGRAM INFO BESTARI KG.MARAK PARAK

Jumaat, 6 November 2009

Pemimpin Kemajuan Rakyat En.Hendrus Anding menerima cenderahati daripada Pegawai Penerangan En.Jiwa Armarum.

Orang ramai ketika mendengar ucapan YB Pn.Anita Baranting yang disampaikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat.


Pada 5hb NOV 2009 (Khamis)- Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.5 Tandek, En.Hendrus Anding telah merasmikan Program Info Bestari & Derma Darah Kg.Marak Parak.
Dalam program tersebut, sesi ceramah telah diadakan oleh Jabatan Kesihatan Kota Marudu dan juga Jabatan MARA.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penerangan Kota Marudu En.Jiwa Armarum, Pengurus Besar MARA Kota Marudu En.Sukardi Lantong, Pengerusi Komuniti Bestari Marak Parak En.Joseph Kulai.

Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan segala maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dari masa ke semasa bersesuaian dengan peranan Komuniti Bestari sebagai badan NGO di bawah Jabatan Penerangan.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP