MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENUTUPAN SUKAN RELA 2010

Rabu, 15 Disember 2010

Majlis Penyampaian Hadiah & Penutupan Sukan RELA bagi tahun 2010 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek merangkap Leftenan Kolonel Kehormat RELA Malaysia berlangsung di Perkarangan Dewan Kg. Salimandut, Daerah Kota Marudu, Sabah. Majlis ini dipengerusikan oleh Pegawai RELA, Leftenan Kolonel (RELA) Mairy Bin Yubin. Hadir sama dalam majlis tersebut Tn. Sukimi Soyoh Pegawai Kemajuan Rakyat (CDO), Tn. Jair Tassin Pemaju Mukim N.5 Tandek, Tn. Jaipen @ Mohd. Fadzil Tuyundo Pengerusi JKKK Salimandut, dan beberapa lagi kakitangan ADUN N.5 Tandek. Selepas ucapan perasmian penutup oleh Yang Berhormat, hadirin dipersembahkan dengan tarian Mongigol oleh anggota RELA Kg. Talantang 1 yang dilangsungkan sebelum majlis penyampaian hadiah dan cendera kenangan.


Dari Kanan : Tn. CDO Sukimi Soyoh, Pengerusi Penganjur Leftenan Kolonel Mairy Yubin, YB Pn. Anita Baranting ADUN N.5 Tandek, PJKKK Salimandut En. Jaipen@Mohd. Fadzil Tuyundo

Para AJK dan anggota RELA yang hadir



Menyanyikan lagu Gema RELA

YB Pn. Anita Baranting menyampaikan ucapan perasmian penutup Sukan RELA Daerah Kota Marudu

YB Pn. Anita menyampaikan Piala Kemenangan kepada para pemenang



Para pemenang turut menerima Hamper daripada YB Pn. Anita



Leftenan Kolonel Mairy Yubin turut menyampaikan Piala kepada pemenang

Tn. CDO menerima cendera kenangan daripada Leftenan Kolonel Mairy Yubin


Jamuan ringan disajikan kepada dif-dif jemputan


0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP