PROGRAM DAMAI

Rabu, 28 September 2011

Program DAMAI dengan tema "Dadah Akan Musnahkan Akal Dan Iman" dianjurkan oleh BHEW PEMADAM Negeri Sabah & BHEW PEMADAM Daerah Kota Marudu pada 15 September 2011 (Khamis) di Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu.
Sebelah pagi program ini "Taklimat Mengenai Klinik Care & Cure" disampaikan oleh Encik Tugiman Bin Kayun, Penolong Pengarah C&C. Kemudian diikuti dengan 2 sesi seminar dari Panel Penceramah PEMADAM, yang bertajuk "Kekuatan Keluarga Dalam Menangani Masalah Dadah" dan "Kecemerlangan Masyarakat Setempat" masing-masing disampaikan oleh Puan Zainab Bt Yusof dan Puan Hajah Ananglangka Mohd Kassim.
Manakala sebelah petang diadakan Majlis Perasmian dan juga penyampaian Sijil & Cenderamata yang disempurnakan oleh YB Puan Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek Kawasan Kota Marudu. Turut hadir di dalam program ini, YBhg Puan Luvita Koisun, Pegawai Daerah Merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Kota Marudu serta YBhg. Datuk Surinam Haji Sadikun, Pengerusi BHEW PEMADAM Negeri Sabah.

Barisan para peserta yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan, Pengerusi-Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Kampung, serta pelajar-pelajar sekolah

Barisan tetamu kehormat


PKR Hendrus Anding menerima sijil mewakili Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.5 Tandek, Kota Marudu

Penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta bagi kategori pelajar sekolah menengah




Penyerahan cenderahati kepada Pengerusi BHEW PEMADAM Negeri Sabah, YBhg. Datuk Surinam Haji

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP