MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PENTARAMA KOMUNITI BESTARI

Ahad, 14 Mac 2010

Majlis Perasmian bagi Penutupan Persembahan Pentarama Komuniti Bestari yang diadakan pada 14 Mac 2010 dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek. Majlis yang bermula lebih kurang 8 malam ini diadakan di Perkarangan Dewan Komuniti Pekan Kota Marudu yang mampu memuatkan sejumlah 100 lebih penonton yang hadir. Dalam ucapannya, YB begitu menekankan perpaduan kaum antara rakyat terutamanya di Daerah Kota Marudu ini. Justeru itu, berbilang kaum boleh sama-sama meraikan apa-apa majlis atau perayaan tanpa ada syak wasangka atau buruk sangka antara satu sama lain. Ini kerana, majlis seumpama ini mampu menjadi penghubung keakraban antara kaum. Selain itu, YB turut menegaskan bahawa janji kerajaan yang berkonsepkan 1 Malaysia bukan hanya 1 matlamat malah ia akan dapat dicapai selaras dengan usaha kerajaan dalam merealisasikannya. Tambahan pula, kerajaan telah memperkenalkan 6 lagi bidang kebertanggungjawaban yang memberi kerjasama kepada kerajaan sendiri agar rakyat dan pemimpin dapat bergerak seirama menuju matlamat yang ingin dicapai. Di akhir ucapannya, YB mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana tetap setia kepada kerajaan serta syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan majlis ini.


Tuan DO menyerahkan cenderamata kepada YB


YB turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Lagu P. Ramlee dan Saloma


Antara persembahan yang menarik hati penonton





0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP