MESYUARAT BERKENAAN ISU TANAH DI 3 BUAH KAMPUNG

Selasa, 9 Mac 2010

Pada 9 Mac 2010, satu mesyuarat bersama penduduk kampung telah diadakan bagi berbincang dan menyelesaikan beberapa perkara. Mesyuarat ini dihadiri YB Puan Anita Baranting, Adun N5 Tandek, En. Hendrus Anding, En. Hilde P. Kayau wakil Pejabat Daerah, Tuan CDO En. Sukimi Soyoh, Noorhadzli Sabli sebagai wakil Pejabat Tanah, wakil dari PDRM, Pemaju-pemaju Mukim, wakil dari Syarikat Jaya Pertanian, PJKK, Ketua-ketua Kampung, serta penduduk dari 3 buah kampung yang terlibat. Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kg. Lingkabungan I, Kg. Bombong I dan juga Kg. Soniton Ulu. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kemasukan pihak pemaju, iaitu Syarikat Jaya Pertanian ke kawasan tanah penduduk kampung yang dahulunya adalah atas nama En. Asung Simbaku. Pemilik asal tidak tahu menahu dengan kemasukan dan projek yang dijalankan pihak pemaju ke kawasan yang telah diduduki penduduk kampung. Dan begitu juga pihak Jabatan Tanah dan Pejabat Daerah kerana pihak pemaju langsung tidak melalui mereka sebelum memasuki tanah yang berkenaan. Manakala penduduk-penduduk yang mewakili kampung masing-masing turut meluahkan pendapat serta aduan mengenai kawasan tanaman dan juga kuburan yang dirosakkan akibat projek yang dilaksanakan pihak syarikat. Disebabkan pihak pemaju tidak membawa dokumen yang lengkap, maka mesyuarat ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. YB juga turut melarang pihak pemaju daripada meneruskan segala aktiviti yang mereka jalankan sebelum penyelesaian dicapai.


YB dan pegawai lain bersalam mesra dengan hadirin


Antara yang hadir dalam mesyuarat ini





En. Hendrus sebagai Pengerusi Majlis


Mesyuarat sambil dijamu kuih muih


Perbincangan bersama Pegawai Tanah mengenai sempadan


Post-mortem bersama Pegawai-pegawai dan Pemaju Mukim

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP