LAWATAN YB-YB KE PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Rabu, 2 Februari 2011

Bermula pertengahan Januari 2011, Bilik Gerakan Banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dibuka 24 jam bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di samping menyampaikan serta mengemaskini info mengenai banjir di kawasan daerah Kota Marudu ini. Pada 27/1/2011 Daerah Kota Marudu telah dilanda banjir. Justeru itu, Pusat Penempatan Banjir mula dibuka di beberapa tempat, antaranya Dewan SK Taritipan, Dewan SMK Tandek, Dewan Komuniti Tandek, Dewan Kg. Morion, Dewan Kg. Longob, Pusat Pemindahan Kg. Magkaratung, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan SK Bengkongan dan Dewan Kg. Rakit. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan adalah lebih 2000 orang di seluruh Kota Marudu dan telah menerima bantuan berupa makanan daripada YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Sementara itu, YB Pn. Anita Baranting, ADUN kawasan N.5 Tandek turut menyumbangkan 500 kampit beras kepada mangsa banjir. Pada 31/1/2011 yang lalu, atas dasar tanggungjawab dan rasa prihatin terhadap rakyatnya, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu), YB Sarapin Magana (ADUN N.4 Matunggong), YB Anita Baranting (ADUN N.5 Tandek), En. Hendrus Anding (Pemimpin Kemajuan Rakyat), Luvita Koisun (Pegawai Daerah Kota Marudu), DSP Mohd. Isa B. Yusof (Ketua Polis Daerah Kota Marudu) dan beberapa lagi Pegawai Kerajaan yang lain telah melawat ke pusat-pusat penempatan banjir tersebut. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi memindahkan dan membantu mangsa-mangsa banjir.








0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP