PROGRAM MASYARAKAT SIHAT TANPA ROKOK & ALKOHOL

Isnin, 28 Februari 2011

Program Masyarakat Sihat Tanpa Rokok dan Alkohol Peringkat Daerah Kota Marudu dirasmikan oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek pada 27 Februari 2011. Program anjuran bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Miskin Dan Kurang Upaya Sabah (PERKEMAS) dan KRT Gerakan Desa Tujuh tersebut dilangsungkan di Astaka SK Popok Kota Marudu. Program dimulakan dengan 2 buah ceramah, iaitu Pemakanan Sihat dan Seimbang yang disampaikan oleh Dr. Zayrod Vun Kit Kong serta Bahaya Penyalahgunaan Dadah yang disampaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.

Barisan tetamu kehormat yang menjayakan program ini

Pengerusi Penganjur, En. Karim Sambion menyampaikan ucapan alu-aluan


YB Anita menyampaikan ucapan perasmian

Sesi Pendaftaran dan pembahagian T-shirt kepada para peserta peserta

Hadiah-hadiah diberikan kepada para pemenang yang bertuah


Penyampaian cenderehati

Para tetamu kehormat dan peserta menarikan Tarian Poco-Poco & Manuk-Manuk Lambukun semasa acara Senamrobik/Senamesra

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP