MAJLIS DIALOG YB DATUK SERI DR. MAXIMUS J. ONGKILI

Isnin, 21 Februari 2011

Majlis Dialog Bersama Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Marudu anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Marudu telah diadakan pada 17 Februari 2011 (Khamis) di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis Dialog dan Makan Malam ini dihoskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek, YB Tn. Sarapin Magana, ADUN N.4 Matunggong, Pn. Nurul Akmalina Bt. Shamsuddin, Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, dan DSP Mohd. Isa B. Yusof, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, yang turut menjadi panel untuk majlis dialog tersebut. Selain itu, beberapa lagi pemimpin yang hadir seperti Tn. Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR), En. Hendrus Anding dan Tn. Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), En. Sukimi Soyoh, Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga, Ahli Skim Rondaan Sukarela serta Agensi-Agensi Kerajaan Daerah Kota Marudu. Makan malam dimulakan seawal pukul 7 malam sebelum acara utama dilaksanakan. Selesai makan malam, Pengarah JPNIN, Pn. Nurul Akmalina menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Selepas itu, YB Datuk seri Dr. Maximus pula memberikan ucapan serta amanat beliau dan dialog pun dimulakan. Majlis tamat lebih kurang pukul 10 malam.

AJK Penganjur menyambut kedatangan YB Datuk Seri Dr. Maximus dan YB Anita

YB Datuk Seri serta tetamu kehormat yang lain bersalam-salaman dengan para hadirin





Semua Tetamu Kehormat bergambar bersama-sama

Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Pn. Nurul Akmalina menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk Seri Dr. Maximus

Pn. Nurul Akmalina menyampaikan cendera kenangan kepada YB Anita dan YB Sarapin

Pengerusi Penganjur pula menyampaikan cendera kenangan kepada Pn. Nurul Akmalina

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP