Majlis Penghargaan Warga Emas & Pesta Angpau 2011 sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2011 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua telah berjaya diadakan pada 13 Februari 2011 di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis yang dipengerusikan oleh Datuk Goh Wak Kheng, Setiausaha Agung MCA Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian MCA Kota Marudu ini bermula pada pukul 6.00 petang dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Pn. Anita Baranting, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.5 Tandek, En. Hendrus Anding, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N.5 Tandek, AJK Dewan Peniagaan Tionghua Kota Marudu, serta warga emas yang diraikan.
Datuk Goh Wak Kheng menyambut couplet daripada penari singa Persatuan Tionghua Kota Marudu
YB Datuk Seri Dr. Maximus sedang menyampaikan ucapan perasmian
Ulang tahun kedua warga emas ini turut diraikan pada malam itu
YB Datuk Seri Dr. Maximus menyampaikan angpau kepada setiap warga emas yang hadir
YB Anita Baranting turut sama menyampaikan angpau kepada warga emas yang lain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan