MAJLIS PERASMIAN MSS ZON 1 2010 DI SK POPOK

Khamis, 25 Februari 2010

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) ZON 1 2010 yang diadakan pada 25 Februari 2010 di SK Popok sebagai tuan rumah telah dirasmikan oleh YB Puan Anita Baranting, Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek, Kota Marudu."Penerapan nilai-nilai murni dan semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan rakyat yang sihat dan cerdas"kata YB dalam ucapan perasmiannya yang secara tidak langsung ingin menyuntik semangat juang kepada pelajar-pelajar dan pihak ibu bapa serta guru. Dalam ucapannya juga, YB dengan rasminya mengumumkan SK POPOK sebagai SEKOLAH ANGKAT. Menurut YB, keputusan yang diambil amat berat sekali tetapi atas dasar keprihatinan dan keinginannya untuk melihat anak-anak terus berjaya YB dengan rendah hatinya tetap menerima permintaan tersebut. Pada akhir ucapannya, YB mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Pengelola serta PIBG kerana dapat menjayakan kejohanan seumpama ini di peringkat daerah. Diharapkan semua pihak yang terlibat terus berjaya dan maju kehadapan dalam pelbagai aspek yang mendatang.


Kedatangan YB Anita disambut mesra oleh Tuan PKR serta pihak sekolah


Kelihatan wakil PPD dan Guru-guru Besar dari sekolah rendah Zon 1 turut hadir di kejohanan ini


Menerima tabik hormat daripada peserta kawad kaki dari setiap satu sekolah yang mengambil bahagian



YB Puan Anita Baranting memberi ucapan perasmian beliau


YB diberi penghormatan untuk menyalakan obor kejohanan


Pemimpin yang berjiwa rakyat ini turut berpanas sambil menyaksikan Larian Obor oleh Olahragawan Zon 1


Antara 9 buah Kontinjen yang mengambil bahagian


Mengambil gambar kenangan bersama Guru Besar dan kontinjennya, SJK(C) KHOI MING


YB menyerahkan hamper kepada pihak Tuan Rumah Kejohanan


Persembahan yang disajikan berkonsepkan Tarian 1Malaysia


0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP