MENGHADIRI KENDURI ARWAH KK INDAR

Khamis, 25 Februari 2010

YB Puan Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek bersama-sama Tuan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) N.5 Tandek, En. Hendrus Anding telah menghadiri kenduri arwah KK Indar. Kenduri ini telah dilaksanakan seikhlasnya di rumah arwah KK Indar oleh keluarga arwah di Tanjung Batu pada petang 25 Februari 2010. Atas keprihatianan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat ini, YB yang telah merasmikan MSS Zon 1 di SK Popok pada waktu pagi, masih sempat menghadiri kenduri yang dijalankan pada sebelah petang. Semasa lawatan ini juga, YB dan PKR telah meninjau kawasan kemalangan yang telah meragut nyawa KK Indar sebulan lebih yang lalu. Hasil daripada pemerhatian, beberapa kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk menjadi kawasan kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak. Setelah selesai menyenaraikan segala keperluan untuk penambahbaikan, YB dan PKR meninggalkan perkarangan rumah arwah KK Indar. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat.


Bersalam mesra dengan keluarga arwah dan tetamu yang hadir


Dijamu dengan kuih muih sebagai pemanis mulut di waktu petang


Mengambil gambar kenangan bersama keluarga arwah KK Indar


Meninjau kawasan kemalangan


Antara kawasan yang berpotensi dibaikpulih


0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP