PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN AKHIR BOLA SEPAK KELAB SUKAN KOMUNITI TANDEK

Rabu, 10 Februari 2010

YB Puan Anita Baranting telah menyempurnakan Penutupan Pertandingan Akhir Bola Sepak Kelab Sukan Komuniti Tandek yang diadakan pada 10 Februari 2010 di Padang Pekan Kota Marudu. Pertandingan akhir ini menurunkan pasukan HARUM MANIS FC menentang pasukan dari HOSPITAL KOTA MARUDU FC. Dalam ucapannya, YB berharap anak-anak muda menerapkan semangat kesukanan dalam diri mereka dan akan terus menyertai segala aktiviti yang dipertandingkan pada peringkat kampung mahupun peringkat yang lebih tinggi lagi. Dengan itu, YB juga berharap pihak-pihak yang berkenaan akan terus memberikan sokongan dalam terus membimbing generasi muda sehingga menjadi insan yang berjaya.

Kedatangan YB Puan Anita Baranting disambut mesra oleh pihak penganjur

YB Puan Anita Baranting bersalaman dan bersuai kenal dengan pemain HOSPITAL KOTA MARUDU FC

YB Puan Anita Baranting bersalaman dan bersuai kenal dengan pemain HARUM MANIS FC

YB Puan Anita Baranting memberikan ucapan perasmian penutupan pertandingan tersebut

YB Puan Anita Baranting turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP