MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 2010 SMK KOTA MARUDU II

Ahad, 28 Februari 2010

YB Puan Anita Baranting telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kota Marudu II . Mesyuarat Agung PIBG kali kelima 2010 yang dihadiri lebih kurang 300 orang jemputan ini diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Dewan Perdana SMK Kota Marudu II. Dalam ucapannya,beliau mengharapkan perjumpaan sebegini antara pihak guru dan ibu bapa dapat mencari kaedah dan penyelesaian peringkat awal bagi masalah yang dihadapi manusia sejagat terutama mereka yang masih setahun jagung mengenali dunia. YB juga ada menyebut tentang pendekatakan baru Kementerian Pelajaran iaiatu Transformasi Kokurikulum yang menekankan aspek menyeronokkan para pelajar semasa berada di sekolah. Selain itu, YB turut menggalakkan pihak ibubapa dan guru membuat kerjasama dua hala dengan pihak polis bagi menangani masalah disiplin pelajar yang serius. YB turut mengumumkan permohonan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah di Kg. Marak Parak sudah dalam perancangan dan hanya menunggu kata putus dari pihak kerajaan. Dengan tertubuhnya sebuah sekolah di kampung tersebut, ia akan menyenangkan para pelajar yang jauh dari pekan Kota Marudu ini untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Akhir kata, YB mengharapakan Gagasan 1 Malaysia mampu diterapkan dan direalisasikan pada peringkat sekolah lagi agar mampu melahirkan pelajar yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di masa akan datang.


YB disambut mesra oleh pihak sekolah


YB diiringi oleh PKR, Guru Besar SMK Kota Marudu II dan YDP PIBG


Tetamu-tetamu kehormat membaca tentatif program yang diberikan


Antara ibu bapa yang hadir memenuhi ruang Dewan Perdana ini


YB memberikan ucapan Perasmian beliau


Sebagai simbolik perasmian, YB diminta memukul Gong Perasmian sebanyak 5 kali


YB turut menyampaikan Sijil Penghargaan

Read more...

MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR 1 MALAYSIA

Khamis, 25 Februari 2010

Menerima cenderahati daripada penganjur


Gambar KAN, WKAN, Ketua2 Kampung dan Ketua Masyarakat Cina



Ucapan perasmian



Ketibaan YB Pn.Anita disambut ceria oleh ketua2 kampung




YB.Puan Anita Baranting telah merasmikan seminar 1Malaysia yang di adakan khas bagi Ketua Daerah, KAN, WKAN, Ketua2 Kampung dan Ketua Masyarakat Cina. Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu. Seminar ini diadakan dengan harapan konsep 1Malaysia dapat direalisasi dan dimanfaatkan oleh semua lapisan kaum khusus di Daerah KM.

Read more...

MENGHADIRI KENDURI ARWAH KK INDAR

YB Puan Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek bersama-sama Tuan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) N.5 Tandek, En. Hendrus Anding telah menghadiri kenduri arwah KK Indar. Kenduri ini telah dilaksanakan seikhlasnya di rumah arwah KK Indar oleh keluarga arwah di Tanjung Batu pada petang 25 Februari 2010. Atas keprihatianan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat ini, YB yang telah merasmikan MSS Zon 1 di SK Popok pada waktu pagi, masih sempat menghadiri kenduri yang dijalankan pada sebelah petang. Semasa lawatan ini juga, YB dan PKR telah meninjau kawasan kemalangan yang telah meragut nyawa KK Indar sebulan lebih yang lalu. Hasil daripada pemerhatian, beberapa kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk menjadi kawasan kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak. Setelah selesai menyenaraikan segala keperluan untuk penambahbaikan, YB dan PKR meninggalkan perkarangan rumah arwah KK Indar. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat.


Bersalam mesra dengan keluarga arwah dan tetamu yang hadir


Dijamu dengan kuih muih sebagai pemanis mulut di waktu petang


Mengambil gambar kenangan bersama keluarga arwah KK Indar


Meninjau kawasan kemalangan


Antara kawasan yang berpotensi dibaikpulih


Read more...

MAJLIS PERASMIAN MSS ZON 1 2010 DI SK POPOK

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) ZON 1 2010 yang diadakan pada 25 Februari 2010 di SK Popok sebagai tuan rumah telah dirasmikan oleh YB Puan Anita Baranting, Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek, Kota Marudu."Penerapan nilai-nilai murni dan semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan rakyat yang sihat dan cerdas"kata YB dalam ucapan perasmiannya yang secara tidak langsung ingin menyuntik semangat juang kepada pelajar-pelajar dan pihak ibu bapa serta guru. Dalam ucapannya juga, YB dengan rasminya mengumumkan SK POPOK sebagai SEKOLAH ANGKAT. Menurut YB, keputusan yang diambil amat berat sekali tetapi atas dasar keprihatinan dan keinginannya untuk melihat anak-anak terus berjaya YB dengan rendah hatinya tetap menerima permintaan tersebut. Pada akhir ucapannya, YB mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Pengelola serta PIBG kerana dapat menjayakan kejohanan seumpama ini di peringkat daerah. Diharapkan semua pihak yang terlibat terus berjaya dan maju kehadapan dalam pelbagai aspek yang mendatang.


Kedatangan YB Anita disambut mesra oleh Tuan PKR serta pihak sekolah


Kelihatan wakil PPD dan Guru-guru Besar dari sekolah rendah Zon 1 turut hadir di kejohanan ini


Menerima tabik hormat daripada peserta kawad kaki dari setiap satu sekolah yang mengambil bahagian



YB Puan Anita Baranting memberi ucapan perasmian beliau


YB diberi penghormatan untuk menyalakan obor kejohanan


Pemimpin yang berjiwa rakyat ini turut berpanas sambil menyaksikan Larian Obor oleh Olahragawan Zon 1


Antara 9 buah Kontinjen yang mengambil bahagian


Mengambil gambar kenangan bersama Guru Besar dan kontinjennya, SJK(C) KHOI MING


YB menyerahkan hamper kepada pihak Tuan Rumah Kejohanan


Persembahan yang disajikan berkonsepkan Tarian 1Malaysia


Read more...

LAWATAN KE KEDAI SEKITAR KOTA MARUDU SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN CAP GOH MEI

Jumaat, 19 Februari 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek, Kota Marudu, YB Puan Anita Baranting bersama pegawai-pegawai Daerah Kota Marudu menghangatkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei 2010 dengan membuat kunjungan sejenak ke beberapa buah kedai di sekitar daerah Kota Marudu. Kunjugan ini membawa dasar 1Malaysia dengan harapan agar rakyat bukan bumiputera di Kota Marudu ini terutamanya kaum Cina tidak berasa dipinggirkan. Dalam kunjungan ini, YB serta pegawai yang lain turut memberikan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada rakyat yang ditemui mereka.


Tauke-tauke kedai menyambut mesra kunjungan YB serta pegawai lain


Pengunjung kedai turut menerima salam dan ucapan daripada YB





Gerai-gerai makan turut tidak ketinggalan menerima kunjungan YB dan pegawai lain





Kelihatan kunjungan ini turut singgah ke kedai yang musnah akibat kebakaran


Begitulah prihatinnya pemimpin di Kota Marudu ini, sehinggakan klinik-klinik turut menjadi destinasi kunjungan mereka

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Selasa, 16 Februari 2010



SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA MASYARAKAT TIONGHUA DI KOTA MARUDU KHUSUSNYA
DAN MALAYSIA AMNYA.

Read more...

LAWATAN KE KAWASAN PROJEK PERATAAN SAWAH PADI BERSAMA DO

Khamis, 11 Februari 2010

Pada 11 Februari 2010, YB Puan Anita Baranting telah membuat satu lawatan ke Kg. Mangkalua dan Kg. Talantang. Bersama-sama dengan YB dalam lawatan ini adalah DO, pegawai-pegawai di UPKR, Pegawai Pertanian, Pegawai JPS dan juga kontraktor-kontraktor yang bertanggungjawab. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap Projek Perataan Kawasan Sawah Padi di kampung-kampung tersebut. Hasil daripada tinjauan tersebut, didapati sebahagian besar kawasan yang sepatutnya diratakan masih belum dilaksanakan. Pada masa yang sama juga, ada beberapa penduduk kampung yang membuat aduan tentang kelewatan pihak-pihak yang berkenaan melaksanakan tugas meraka sewajarnya. YB bersama-sama yang lain turut mengenalpasti segala masalah yang perlu diatasi dengan segera agar tidak menganggu kerja-kerja projek tersebut. Dengan itu, YB sangat berharap segala tanggungjawab yang diberikan kepada pihak-pihak berkenaan dapat dilaksanakan dengan amanah dan penuh dedikasi.


Kelihatan YB, DO dan Pegawai-pegawai lain melihat kawasan projek


Kawasan sawah padi di Kg. Mangkalua





Jentera sedang mengerjakan tanah dalam kawasan penanaman sawah padi

















YB, DO serta pegawai-pegawai yang lain sempat lagi mengambil gambar bersama-sama

Read more...

PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN AKHIR BOLA SEPAK KELAB SUKAN KOMUNITI TANDEK

Rabu, 10 Februari 2010

YB Puan Anita Baranting telah menyempurnakan Penutupan Pertandingan Akhir Bola Sepak Kelab Sukan Komuniti Tandek yang diadakan pada 10 Februari 2010 di Padang Pekan Kota Marudu. Pertandingan akhir ini menurunkan pasukan HARUM MANIS FC menentang pasukan dari HOSPITAL KOTA MARUDU FC. Dalam ucapannya, YB berharap anak-anak muda menerapkan semangat kesukanan dalam diri mereka dan akan terus menyertai segala aktiviti yang dipertandingkan pada peringkat kampung mahupun peringkat yang lebih tinggi lagi. Dengan itu, YB juga berharap pihak-pihak yang berkenaan akan terus memberikan sokongan dalam terus membimbing generasi muda sehingga menjadi insan yang berjaya.

Kedatangan YB Puan Anita Baranting disambut mesra oleh pihak penganjur

YB Puan Anita Baranting bersalaman dan bersuai kenal dengan pemain HOSPITAL KOTA MARUDU FC

YB Puan Anita Baranting bersalaman dan bersuai kenal dengan pemain HARUM MANIS FC

YB Puan Anita Baranting memberikan ucapan perasmian penutupan pertandingan tersebut

YB Puan Anita Baranting turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP