KARNIVAL KESIHATAN 2011

Rabu, 12 Oktober 2011

Pelancaran Karnival Kesihatan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Marudu (ALPH) dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat diadakan pada 09 Oktober 2011, iaitu bersamaan dengan hari Ahad di Dewan Komuniti, Kota Marudu telah dilaksanakan oleh YB Datuk Dr. Seri Maximus J. Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Paarlimen P.168 Kota Marudu. Antara aktiviti menarik yang dijalankan pada karnival ini adalah pameran kesihatan, saringan kesihatan, kempen menderma darah, ceramah kesihatan, kuiz kesihatan dan juga senamrobik. Objektif karnival ini ialah untuk menggalakkan budaya sihat di kalangan masyarakat serta menerapkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Penyampaian cenderahati kepada perasmi, YB Datuk Dr. Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu

Barisan tetamu kehormat

Antara individu yang sukarela menderma darah

Setiap individu yang hadir bergilir-gilir mendapat pemeriksaan mengikut kesesuaian kesihatan masing-masing

Kaunter Pemeriksaan BMI

Kaunter Pemeriksaan Tekanan Darah

Kaunter Pemeriksaan Gula Dalam Darah

Kaunter Saringan Talasemia & Kaunter Pemeriksaan Pangkal Rahim (PAP Smear)

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP