KONSERT AMAL 1MALAYSIA

Jumaat, 7 Oktober 2011

Majlis Amal 1 Malaysia Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu yang diadakan pada 02 Oktober 2011 di Dewan Komuniti Kota Marudu berlangsung dengan meriahnya. Antara acara yang diadakan pada malam tersebut ialah Tayangan Slide Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu selepas ucapan daripada Pengerusi Penganjur serta Perasmi, YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek Kota Marudu. Selain itu, acara hiburan dipersembahkan selepas majlis makan malam, antaranya Instrumental Open Concert, Tarian Rampaian 1 Malaysia, Tarian Etnik Budaya serta Nyanyian oleh Artis-Artis Tempatan. Selepas acara Cabutan Tiket Bertuah, penyampaian hadiah dan juga cenderahati diadakan. Majlis yang bermula seawal 7 malam ini selesai pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Kedatangan YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek disambut mesra oleh AJK Penganjur

Ebi Kornelis (AF5) turut hadir sebagai artis undangan di dalam majlis ini

YB Anita bersalam-salaman dengan jawatankuasa penganjur bagi Konsert Amal 1 Malaysia Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu

Dif-dif kehormat : YB Pn. Anita Baranting (ADUN N.5 Tandek), En. Jaiping Minsu (Pegawai Eksekutif MDKM), En. Jainim Samaron (Pegawai Pelajaran Daerah) bersama-sama AJK Penganjur

Ucapan perasmian oleh YB Pn. Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek

Penyampaian cenderahati kepada perasmi, YB Pn. Anita Baranting

Bergambar bersama AJK Penganjur

Persembahan oleh Ebi AF5

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP