LAWATAN KERJA KE KG. TAGIBANG, KOTA MARUDU

Jumaat, 28 Oktober 2011

Lawatan Kerja YB Pn. Anita Baranting bersama Pemimpin Daerah Kota Marudu ke Kg. Tagibang, Kota Marudu

Pada 24 Oktober 2011 (Isnin) yang lalu, YB Pn. Anita Baranting telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kg. Tagibang bersama beberapa lagi Pemimpin Daerah Kota Marudu seperti En. Hamdan Hj. Sarudin (ADO Kota Marudu) dan kakitangan Pejabat Daerah bahagian Pembangunan, En. Hendrus Anding (PKR N5 Tandek), En. Sukimi Soyoh (CDO Kota Marudu), Pn. Letty Micheal (Ketua Pergerakan Wanita PBS Kota Marudu), En. Jaiwan Saimal dan En. Majia Jaga (Pemaju Mukim N5 Tandek) serta En. Jamadil Idaron (AJK Bahagian PBS Kota Marudu).

Selain daripada itu, YB Anita, ADUN N5 Tandek menyampaikan sumbangan sebanyak 82 kampit beras kepada 82 buah keluarga di Kg. Tagibang dan 28 kampit beras kepada 28 keluarga di Kg. Garung serta sebuah mesin rumput untuk Kg. Tagibang. Tambahan lagi, YB Anita megumumkan kelulusan permohonan Projek Pembinaan Jambatan Gantung Di Sungai Tagibang yang bernilai RM 30,000.00. Katanya, 6 buah rumah PBR sudah dibina di Kg. Tagibang pada tahun lalu(2010) dan juga tahun ini.

Oleh yang demikian, penduduk Kg. Tagibang digesa agar memberikan sokongan padu kepada kerajaan demi memastikan pembangunan berterusan dari semasa ke semasa.

Rombongan ke Lawatan Kerja Kg. Tagibang, Kota Marudu

Penduduk Kg. Tagibang yang begitu gembira menyambut kedatangan YB Pn. Anita Baranting dan rombongan yang tiba di Kg. Tagibang lewat malam akibat jalan yang licin serta masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan

YB Anita menyampaikan sumbangan bantuan Mesin Pemotong Rumput kepada Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan PBS Tandek, En. Edin Dambilang

Penduduk kampung hadir semasa Majlis Penyerahan Bantuan Kebajikan di Balai Raya Kg. Tagibang

Salah seorang KIR yang menerima sumbangan Bantuan Kampit Beras En. Edin Dambilang yang disampaikan oleh YB Anita Baranting

En. Jamadil Idaron, AJK Bahagian PBS menyampaikan sumbangan Bantuan Kampit Beras kepada salah seorang KIR Kg. Tagibang

Ketua Kampung Kg. Tagibang juga  menerima sumbangan Bantuan Kampit Beras yang disampaikan oleh PKR N5 Tandek, En. Hendrus Anding

Tersenyum ceria seorang KIR yang juga salah seorang penerima sumbangan Bantuan Kampit Beras yang disampaikan oleh ADO Pembangunan Daerah Kota Marudu, En. Hamdan Hj. Sarudin

YB Anita serta rombongan sempat melawat murid-murid di SK Tagibang dan mengambil gambar kenangan bersama mereka

SK Tagibang di waktu subuh

Kakitangan Pejabat ADUN N5 Tandek & beberapa wakil daripada Pergerakan Wanita PBS yang diketuai oleh Pn. Letty Micheal (Ketua Pergerakan Wanita PBS) menyediakan makanan untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke Kota Marudu

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP